Hamidin pacu bola sepak Malaysia menuju ke era kegemilangan

Hamidin pacu bola sepak Malaysia menuju ke era kegemilangan

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian peminat bola sepak negara untuk kembali melihat zaman kegemilangan yang dikecapi Malaysia sekitar 70an dan 80an lalu kini berada di landasan terbaik.

Hasrat itu bukan angan-angan kosong kerana pelbagai perubahan dilakukan Datuk Hamidin Mohd Amin sejak dilantik selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 14 Julai 2018.

Kejayaan layak ke Piala Asia secara merit selepas kali terakhir beraksi menerusi pusingan kelayakan adalah pada 1980 yang berlangsung di Kuwait menjadi bukti perjalanan Malaysia ke arah positif.

Dalam masa sama, bagi memastikan skuad kebangsaan mampu memiliki pemain-pemain berkualiti maka merevolusikan saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan mewajibkan semua pasukan diswastakan adalah satu langkah terbaik.

Keputusan itu dilihat membuahkan hasil dengan tiada lagi pasukan yang bertanding atas tiket Persatuan Bolasepak Negeri (FA) dan ia sejajar dengan apa yang dilakukan oleh negara-negara bola sepak terbaik dunia.

HAMIDIN (dua kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2023–2027 di AFC House. IHSAN FAM

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John menyuarakan keyakinan dan melihat perubahan besar landskap bola sepak negara berjalan di bawah kepimpinan Hamidin.

Jelas Windsor, Hamidin cukup memahami senario bola sepak negara daripada sekecil-kecil hingga isu besar yang dihadapi.

“Beliau datang daripada bawah menguruskan persatuan negeri hingga sekarang ke FIFA (Persatuan Bolasepak Antarabangsa).

“Kalau dalam bahasa Inggeris kita sebut ‘hands on’ dalam semua perkara dan sebab itu bila beliau buat sesuatu keputusan itu sudah tentu tepat serta terbaik.

“Sebab itu sebaik beliau memegang tampuk kepimpinan FAM, beliau tidak menunggu lama apabila terus melancarkan F:30 (Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM) bagi mengajak semua ahli gabungan dan pemegang taruh untuk sama-sama memandang visi dan misi beliau dalam F:30 itu.

“Hubungan beliau dengan kelab cukup baik, hubungan dengan AFC cukup baik, hubungan dengan FIFA juga baik termasuk hubungan dengan AFF pun erat.

“Dengan sifat terbuka dan pengalaman luas dalam bola sepak, bagi saya beliau pemimpin yang luar biasa dan mampu membawa perubahan kepada bola sepak Malaysia,” katanya.

HAMIDIN Mohd. Amin (kiri) mempunyai hubungan baik dengan Gianni Infantino.

Esok, genap tempoh lima tahun Hamidin memegang jawatan presiden FAM dan sepanjang tempoh itu juga menyaksikan beliau meletakkan standart tadbir urus yang tinggi di FAM malah turut mengambil berat prestasi semasa skuad Harimau Malaya.

Selain kejayaan layak ke Piala Asia di Qatar Januari depan, pencapaian cemerlang lain adalah peningkatan ranking FIFA dimana Malaysia kini menghuni tangga 137 dunia, melonjak 34 anak tangga daripada kedudukan 171 pada Jun 2018 lalu.

Hamidin yang terpilih selaku Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Februari lalu, menjadikannya dirinya sebagai rakyat Malaysia keempat yang dilantik selepas Naib Presiden FAM, Lee Kee Siong pada tahun 1960; disusuli Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1972 dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2015 lalu.

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) menghadiahkan jersi Malaysia kepada Anwar Ibrahim sempena kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra Putrajaya.

Selain pembabitan dalam dunia bola sepak, kredibiliti dan kepimpinan Hamidin turut diakui pihak luar apabila diumumkan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya