Evolusi fesyen Androgyny

Evolusi fesyen Androgyny

TAMPIL unik dengan pakaian yang lebih besar daripada ukuran tubuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gaya Androgyny merujuk kepada pendekatan gaya berpakaian yang mengekalkan elemen maskulin dan feminin. Gaya ini menggabungkan ciri-ciri pakaian yang biasanya dikaitkan dengan lelaki dan wanita atau neutral gender untuk mencipta penampilan yang unik dan menonjol.

Untuk minggu ini, pilihan saya adalah rekaan pereka muda, Ainul Zahirah Zahruddin dengan koleksi Androgyny, Black Rose. Koleksi yang memanipulasikan oversized silhouette, embellishment in the form of motif dan fabrik netting digunakan untuk mencipta gaya yang tersendiri.

Material daripada hard dan soft netting ‘embellishment motif’ yang mengeluarkan bentuk 3D bunga ros. Bagi kelihatan lebih dramatik, fabrik ‘cotton canvas’ berat digunakan juga untuk menghasilkan volume.

Teknik menjahit dan inovasi draping yang diterjemahkan oleh Ainul melalui koleksinya pasti akan membuatkan diri jatuh cinta dengan penggayaan Androgyny.

Tips pertama untuk pengayaan Androgyny, adalah bereksperimenlah dengan pelbagai siluet. Jangan takut untuk mencuba rekaan yang berbeza dan mengga­bungkannya untuk menciptakan penampilan unik. Cubalah untuk memakai pakaian yang lebih besar daripada ukuran tubuh dan layering.

Blazer oversized adalah paling tepat kerana ia memiliki potongan ala tahun 80-an dengan siluet longgar dan potongan lebar. Malah blazer ini boleh disuai padan dengan pelbagai gaya. Untuk gaya bersahaja, suai padankan blazer ini dengan seluar denim jeans dan sneakers.

Bagi gaya yang lebih feminin, pasti akan lebih menyerlah dengan dress panjang polos dan sepatu tumit rendah. Bagi saya, potongan blazer ini bagaikan manifestasi yang memberi nafas baru kepada generasi wanita moden yang ingin mengharungi rona kehidupan dan kerjaya.

Begitu klasik tetapi pasti memberi impak kepada keyakinan dirimu.

Penggayaan seluar dengan potongan lelaki atau maskulin dapat memberikan impak dalam gaya Androgyny. Pilihlah seluar dengan potongan yang sedikit longgar atau straight-leg yang memberikan kesan maskulin.

Suai padankan dengan blaus yang lebih feminin untuk menciptakan keseimbangan yang menarik antara kedua elemen tersebut.

Permainanan gaya jumpsuit juga sesuai untuk dirimu yang masih baru dalam pengayaan Androgyny. Direka dengan potongan klasik jumpsuit, gaya ini sangat sesuai untuk sebarang acara.

Elakkan daripada pemilihan saiz yang mengikut bentuk tubuh badan. Bagi gaya Androgyny, pilihan saiz yang sedikit besar akan membuatkanmu lebih kelihatan stailo.

Pastikan dirimu tidak akan rasa kekok untuk bergerak. Suai padankan dengan kasut tumit tinggi untuk melengkapkan penampilan yang memukau.

Pilihan gaya ini amat sesuai bagi hijabista untuk kelihatan boho chic dan effortless.

Pemilihan aksesori yang tepat dapat membantu gaya Androgynymu. Aksesori seperti tali pinggang kulit, topi fedora, jam tangan dengan tali kulit atau logam, sepatu oxford, kacamata aviator, cincin atau anting-anting minimalis, serta tas berbentuk kotak dapat membantu gayamu.

Pemilihan aksesori yang tepat dan penyesuaian dengan personaliti akan membantu menciptakan penampilan Androgyny. Pilihlah aksesori mencerminkan gaya yang menggabungkan unsur-unsur feminin dan maskulin.

Ingatlah bahawa gaya Androgyny adalah ekspresi diri dan kebebasan dalam berpakaian. Jadilah diri sendiri dan gayakan busana dengan penuh keyakinan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya