Kelantan FC jual tiket perlawanan serendah RM3

Kelantan FC jual tiket perlawanan serendah RM3

HARGA tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan FC dan Sri Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi menarik kehadiran penyokong untuk memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang, Jumaat ini, Kelantan FC menawarkan potongan harga tiket terbuka serendah RM3.

Kelantan FC dalam Facebook rasminya, TRW Kelantan FC hari ini turut memperkenalkan harga murah bagi tiket Astaka yang dijual serendah RM9.

Begitupun, tiket berharga RM3 terhad kepada 4,000 penyokong dan setiap seorang hanya boleh membeli tiga keping sahaja.

“Kaunter jualan tiket secara fizikal akan dibuka pada Selasa dan tiket hanya boleh didapati di TRW Shop bermula 10 hingga 6 petang.

“Di Hotel Zamburger Airport jualan tiket akan beroperasi 24 Jam atau penyokong boleh membuat pembelian secara atas talian di tickethotline.com.my pada 21 Jun hingga 23 Jun.

“Tiket Astaka (RM9) terhad kepada 500 orang dan setiap seorang hanya boleh membeli tiga keping tiket,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh TRW Kelantan FC.

Kelantan FC kini mengharungi krisis prestasi dengan menghuni tangga tercorot Liga Super selepas hanya meraih empat mata daripada 13 perlawanan, selain berdepan pelbagai isu di luar padang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN