Uzbekistan beri pengajaran berguna kepada skuad B-17 negara

Uzbekistan beri pengajaran berguna kepada skuad B-17 negara

AKSI skuad B-17 negara ketika menentang Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium UiTM, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Skuad Bawah 17 (B-17) negara tewas tipis 2-3 kepada Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium UiTM, di sini, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyerlahkan kelemahan anak didik Osmera Omaro dan banyak kerja rumah yang perlu dilakukan jika memasang impian untuk muncul antara empat pasukan terbaik di Piala Asia B-17 2023 di Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai ini.

Kekalahan itu pastinya memberi amaran awal buat pasukan negara agar segera memperbaiki segala kelemahan terutamanya di bahagian tengah yang dilihat gagal berfungsi dengan baik sepanjang aksi itu.

Pemain muda negara juga, dilihat terlalu kerap bermain di depan gawang sendiri selain banyak melakukan kesilapan khususnya hantaran yang kurang tepat.

Dalam aksi itu, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mirzaev Lazizbek pada minit ke-12 namun enam minit ledakan Farish Danish Mohd Asrul berjaya menyamakan kedudukan.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat babak pertama meskipun kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menggandakan jaringan.

Bersambung babak kedua, Uzbekistan sekali lagi di depan dan kali ini menerusi Uktamov Ozodbek pada minit ke-66 dan mereka menggandakan gol enam minit kemudian
hasil ledakan Karimov Ollabergan.

Namun, skuad muda negara kembali merapatkan jurang jaringan pada minit ke-79 hasil jaringan Muhammad Ryan Fahreen.

Bagaimanapun, kebangkitan yang cuba dijelmakan anak didik Osmera untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila pasukan lawan berjaya bertahan daripada gawang mereka dibolosi lagi.

Mereka diundi dalam Kumpulan A bersama negara Yemen, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya