Darah babi jadi air minuman

Darah babi jadi air minuman

GAMBAR HIASAN. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Sebuah syarikat di Belgium mencipta teknologi penyulingan air yang berupaya memproses darah babi menjadi air minuman baharu bagi kegunaan penduduk. 

Lapor Oddity Central, syarikat Veos berpangkalan di Zwevezele, West Flanders mengkhusus dalam menghasilkan protein haiwan untuk industri makanan.

Ia dihasilkan dengan memproses darah dan kolagen haiwan menjadi serbuk protein berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk makanan manusia dan haiwan.

Baru-baru ini, syarikat itu menggunakan air bawah tanah dalam kuantiti yang besar untuk membersihkan tangki yang menyimpan darah babi. 

Menerusi teknologi penyulingan air yang bernilai dua juta euro (RM9.83 juta), Veos sebenarnya boleh memproses darah babi yang disimpan untuk dijadikan air minuman.

“Dalam usaha mencapai kemapanan dan mengekalkan paras air bawah tanah, kami mula mencari alternatif lain.

“Secara khususnya, kami akan memekatkan lagi darah semasa proses pengeluaran dan kemudian mengeringkannya.

“Sepanjang proses itu, wap air akan dibebaskan daripada darah dan dibiarkan memekat sehingga menjadi air semula,” kata pengasas bersama Veos, Robert Slee. 

Menurut Slee, air itu kemudian diproses lagi menerusi loji rawatan baharu supaya boleh digunakan dalam proses pengeluaran.  

Tambah beliau, loji rawatan besar itu mampu menyediakan kira-kira 150,000 liter air minuman setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya