Punten dengan sambal hijau

Punten dengan sambal hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH jemu bersarapan dengan nasi lemak atau roti canai? Kali ini Seri bawakan hidangan tradisi masyarakat Jawa yang cukup popular di daerah Sabak Bernam iaitu punten.
Namanya mungkin kedengaran lucu atau pelik, tetapi dari segi rasa, boleh menambat selera seseorang terutama apabila digandingkan dengan sambal ikan bilis.
Ada yang mengatakan punten seakan-akan nasi impit kerana cara pembuatannya yang memerlukan nasi ditumbuk-tumbuk dan dikepal.

Bahan-bahan punten:
1 mangkuk beras
2 ½ mangkuk air
1 mangkuk kelapa parut
sedikit daun pandan

Bahan-bahan sambal hijau:
100 gram ikan bilis
100 gram cili
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang besar
3 biji bawang besar
3 biji tomato bersaiz besar (dipotong dadu)
1 inci halia
1 inci belacan
1 sudu asam jawa
sedikit minyak
sedikit garam, gula dan perasa

Cara penyediaan:
Basuh beras seperti biasa kemudian masukkan kelapa parut, sedikit daun pandan dan 2 ½ mangkuk air.
Masak seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik.
Selepas masak kering, biarkan nasi dalam keadaan ‘warm’ selama dua atau tiga jam.
Tumbuk nasi dan kemudian kepal kecil-kecil menjadi bentuk lonjong.
Sedia dimakan bersama sambal hijau.

Terima kasih : Siti Hajar Tulkifteh Ibrahim
Daripada : Sungai Panjang Agro Tourism Sdn. Bhd. (SPAT)
Lokasi : Nazbell Cottage, Sungai Besar
Facebook : Sungai Panjang Agro Tourism Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya