Mayonis Jasma miliki sijil halal hampir 25 tahun - Utusan Malaysia

Mayonis Jasma miliki sijil halal hampir 25 tahun

Nurul Syahidah (depan) bersama adiknya, Maisarah Ainual Azhar menunjukkan mayonis keluaran Jasma Holdings, ketika ditemui Utusan Malaysia. FOTO/ M FIRDAUS M JOHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memiliki pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 1998 membantu pengeluar produk mayonis Bumiputera, Jasma Holdings Sdn Bhd kekal bersaing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusannya, Nurul Syahidah Ainual Azhar berkata, sijil halal yang diperolehi syarikat keluarganya itu menambah keyakinan pembeli untuk menggunakan mayonis keluaran mereka.

“Setiap kami kami menyertai ekspo atau pameran dan membuka reruai (booth) ramai yang bertanya sama ada mayonis kami ini memiliki sijil halal atau tidak.

“Bila kami terangkan mereka tersenyum dan ada yang memberitahu bahawa mereka bangga bahawa ada syarikat Bumiputera yang mengeluarkan mayonis dengan sijil halal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, sijil halal yang dimiliki Jasma Holdings turut membolehkan mayones jenama Jasma dipamerkan di ekspo antarabangsa seperti Dubai dan Korea.

Menurut Nurul Syahidah, penghasilan mayonis jenama Jasma keluarannya itu juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jakim dan bukan sahaja halal malah juga bersih dan selamat.

Katanya, meskipun Jasma Holdings memiliki sijil halal sejak 1998, mereka sekali lagi memohon sijil berkenaan pada 2020 selepas beliau mengambil alih perniagaan daripada bapanya.

“Bila kita tukar pengurusan Jakim tetapkan untuk kita memohon sijil halal yang baharu dan kami telah memohonnya pada 2020 dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Setiap bahan mentah yang kami gunakan perlu ada sijil halal, mereka juga memantau serta melihat proses pengeluaran mayonis dari mula sehingga habis.

“Selepas itu mereka akan melihat pembungkusan kami di mana perlu ada logo halal, di mana kami menyimpan bahan pembuatan hingga produk yang sudah siap juga akan dinilai,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Nurul Syahidah berkata, pihaknya bercadang untuk memperluaskan pasaran mayonis Jasma di seluruh negara.

“Memandangkan kami terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah dan pandemik Covid-19, produk kami hanya dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

“InsyaAllah kami berhasrat untuk memperluaskan lagi pasaran mayonis Jasma ke negeri-negeri lain selain memperhebatkan jualan di platform atas talian seperti Shopee,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.