Kadar OPR tidak berhubungan secara langsung dengan inflasi

Kadar OPR tidak berhubungan secara langsung dengan kadar inflasi

OPR
Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara langsung dan tIdak  langsung memberi impak ke atas perbelanjaan isi rumah dengan mempengaruhi kos peminjaman.

Pengerusi Lembaga Gabenor The Future Studies Berhad (The Future), Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod berkata,  OPR yang lebih tinggi cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah, manakala kadar yang lebih rendah pula akan merangsang perbelanjaan.

Katanya, penurunan (peningkatan) dalam  perbelanjaan mengurangkan (meningkatkan) tekanan pergerakan tingkat harga dan menstabilkan (melonjakkan) inflasi.

“Keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru ini untuk menaikkan OPR telah mencetuskan perdebatan awam dan mewujudkan keresahan pelbagai lapisan masyarakat.

“Penjelasan peningkatan OPR diambil bersandarkan kepada fungsinya sebagai alat penstabil inflasi.

“Walaubagaimanapun, sentimen orang ramai mengenai isu ini kekal berbelah bahagi. Persoalan penting yang perlu dirungkai ialah adakah OPR memberi kesan langsung kepada inflasi?

“Secara teorinya, OPR mempengaruhi dinamika inflasi, tetapi adakah bukti empirikal mengesahkan hubungan ini?

“Hasil analisis empirikal oleh THE FUTURE menggunakan data bulanan untuk tempoh Januari 2010 hingga Mac 2023 menunjukkan bahawa OPR tidak mempengaruhi kadar inflasi secara langsung.

“Walaubagaimanapun, indikator-indikator lain seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran adalah lebih penting untuk diberi keutamaan kerana berhubungan secara langsung dengan kadar inflasi,” katanya.

Menurut beliau, Ini adalah antara hasil analisis Does Overnight Policy Rate Drive Inflation? yang dilaporkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam siri penerbitan EU-ERA Policy Brief. Perincian laporan berkenaan boleh diakses melalui https://euera.org/policy-brief/does-overnight-policy-rate-drive-inflation/ Sebarang persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan laporan ini boleh menghubungi penyelidik THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari dan Prof. Dr. Muzafar Shah Habibullah.

Dr. Mohamad Salmi berkata, laporan tersebut juga menekankan kepentingan untuk menguruskan faktor jangkaan inflasi yang kurang mendapat perhatian dalam penentuan kadar inflasi di Malaysia. Jangkaan inflasi adalah faktor penting untuk  pelaksanaan dasar kewangan yang efektif.

Beliau berkata, jika bank pusat berupaya menambat jangkaan inflasi jangka panjang pelaku ekonomi menghampiri sasaran inflasinya, ia lebih berkemungkinan berjaya dalam menetapkan inflasi yang rendah dan stabil.

“THE FUTURE berpandangan pengurusan faktor jangkaan inflasi adalah penting dalam menstabilkan inflasi. Orang ramai menggunakannya untuk membuat keputusan tentang perbelanjaan, peminjaman dan pelaburan. Sektor perniagaan kerap kali menggunakan jangkaan ini apabila menetapkan harga untuk barangan dan perkhidmatan di pasaran.

“Oleh itu, wujud keperluan untuk mengukur secara berkala jangkaan inflasi oleh pelaku ekonomi utama seperti isi rumah, sektor perniagaan dan ahli profesional.

“THE FUTURE turut menekankan keperluan pihak kerajaan mengutamakan indikator selain OPR dalam mengawal dan menstabilkan inflasi.

“EU-ERA merupakan sebuah nuklues di bawah THE FUTURE, yang menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran buruh di Malaysia.

“THE FUTURE, menerusi EU-ERA berdedikasi menerajui perubahan transformasi ekonomi dan pasaran buruh di Malaysia melalui penyelidikan berasaskan bukti dengan matlamat untuk memaklumkan kepada penggubal dasar, perniagaan dan orang ramai tentang implikasi daripada perubahan transformasi ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya