Harimau Malaya lawan Papua New Guinea bukan Yemen

Harimau Malaya lawan Papua New Guinea bukan Yemen

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon mempunyai tugas memastikan dua kemenangan menjadi milik Malaysia Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Papua New Guinea akan menjadi lawan skuad Harimau Malaya selepas Yemen menarik diri daripada berdepan pasukan Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, keputusan Yamen menarik diri daripada bertemu Malaysia pada 20 Jun ini, atas faktor tiada pemain utama selepas mereka menyertai skuad Bawah 23(B-23) negara itu.

“Ingin memaklumkan bahawa Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menentang Yemen yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun 2023 terpaksa dibatalkan.

“Ia selepas FAM menerima surat makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Yemen (YFA) pada jam 5.00 petang semalam (Selasa, 30 Mei 2023) yang menyatakan hasrat membatalkan perlawanan tersebut atas alasan ketiadaan pemain utamanya kerana menyertai skuad B-23 negara berkenaan ke West Asian Championship di Iraq.

“Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.

“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya pada 20 Jun nanti,” katanya.

Terdahulu skuad Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon bagi satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 14 Jun, seterusnya Papua New Guinea 20 Jun.

Yemen berada di kedudukan ranking ke-157 dunia manakala Papua New Guinea ke-159 dunia, berbanding Malaysia di tangga ke-138 dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.