Doktor PPUM juara Super Model Universe Malaysia 2023

Doktor PPUM juara Super Model Universe Malaysia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSONALITI menarik pegawai perubatan kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. RS. Venna Magarita, 31, membolehkannya dinobatkan sebagai juara Miss Super Model Universe Malaysia 2023, baru-baru ini.

Jelitawan berketinggian 174 sentimeter itu berjaya membawa pulang wang RM1,000, mahkota, piala dan pelbagai hadiah iringan lain.

Selain gelaran ratu, peserta dari Kuala Lumpur itu turut meraih dua lagi anugerah iaitu Miss Congeniality dan People’s Choice.

Venna Magarita tidak menyangka tuah berpihak kepadanya walaupun tiada sebarang pengalaman dalam pertandingan ratu cantik.

Katanya, penglibatan kali pertama itu didorong oleh minat mendalam dalam dunia peragaan di samping mahu mencabar diri.

“Saya menonton pertandingan ratu cantik sejak kecil lagi jadi daripada situ saya banyak belajar bagaimana peserta berkomunikasi dan menjawab soalan juri.

“Kemenangan sulung ini menguatkan lagi motivasi saya untuk beraksi di acara kemuncak hingga mampu mengharumkan nama negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Venna Magarita berkata, selain menonton siri ratu cantik, dia turut mengikuti kelas catwalk bagi memantapkan gaya jalan di samping sentiasa berfikiran positif sepanjang pertandingan itu.

Johan bagi edisi kelima itu akan mewakili Malaysia di acara kemuncak pada September depan.


Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi pelajar jurusan perakaunan, P. Gittanjali, 23, dari Klang diikuti R. Vani Pillay, 25, (ketiga) dan M. Juliana Mahendrran, 20, (keempat).

Seramai lapan peserta bertanding merebut gelaran Miss Super Model Universe Malaysia 2023.

Bagi kategori lelaki pula, johan dirangkul oleh pengurus kecergasan, Muhammad Afiq Zul Suhaile, 27, dari Perak.

Tempat kedua menjadi milik eksekutif pembangunan perniagaan, A. Sun Kartigesen, 32; manakala S. Bharathithasan, 39, (ketiga) dan Mavin Ferrace Nath, 28, (keempat).

Bagi kategori remaja wanita, pemenang ialah Puteri Nurthara Nabella Saiful Arzuan, 17, dari Selangor yang turut meraih gelaran People’s Choice dan Best Catwalk.

Tempat kedua diberikan kepada Nelie Zahra Razali, 16, di samping Ashmeeta Kaur Sansoi, 17, (ketiga).

Kategori kanak-kanak pula diungguli Yumna Ismail, 7; diikuti Vivian Patdell Wleh, 5, (kedua); dan ketiga ialah Levinya Sherlyn, 9. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.