Zahirkan silaturahim sempena sambutan Aidilfitri - TPM Fadillah - Utusan Malaysia

Zahirkan silaturahim sempena sambutan Aidilfitri – TPM Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, umat Islam di negara ini dapat sama-sama menzahirkan silaturahim bersama sanak saudara dan rakan taulan semasa perayaan sambutan Aidilfitri kali ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.

“Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.

“Marilah kita sama-sama menzahirkan silaturahim bersama sanak saudara dan rakan taulan semasa perayaan di bulan mulia ini,” katanya melalui rakaman video di hantaran Facebook, hari ini.

Pada masa sama Fadillah meminta mereka yang pulang menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing untuk sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang.

“Pandulah kenderaan anda dengan penuh cermat dan patuhi peraturan jalan raya.

“Sentiasalah ingat pada orang tersayang yang menanti kepulangan kita.

“Salam dihulur tanda ingatan, moga ukhwah sentiasa berkekalan, selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan buat keluarga dan kenalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya