BESUT: Seorang petani berhasrat menghidupkan kembali tradisi memasang pelita raya yang diperbuat daripada buah kekabu muda pada malam tujuh likur menjelang Aidilfitri di halaman rumahnya di Kampung Alor Keladi, Jerteh di sini. Mohd. Zailani Mohd. Nor, 47, berkata, usaha yang diambil ini merupakan inisiatif untuk menghidupkan semula tradisi tersebut yang didapati semakin dilupakan terutamanya golongan muda di kampung itu. Menurutnya, suasana di sekitar kampung ini pada sekitar tahun 80-an akan…










