PETALING JAYA: Peraturan larangan kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial yang berkuat kuasa kelmarin masih tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pengendali perkhidmatan itu. Siasatan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai termasuk remaja bawah umur masih bebas membuka akaun baharu tanpa perlu menyediakan dokumen sepatutnya bagi mengesahkan had umur dibenarkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA). Antara akaun media sosial yang masih membenarkan akses kepada pengguna di bawah umur…










