SPRM bebas siasat kes pegawai Sivakumar - PM - Utusan Malaysia

SPRM bebas siasat kes pegawai Sivakumar – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM) diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat kes rasuah melibatkan pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, siasatan itu merupakan keputusan SPRM yang mana selari dengan arahan beliau sebelum ini supaya badan berkuasa berkenaan bertindak sekiranya ada asas terhadap mana-mana pihak dan sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak membuat penilaian sendiri berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai kanan menteri berkenaan.

“Jangan kita mendahului dari segi menjangkakan apa-apa yang lain, kerana saya tidak ada apa-apa maklumat selain daripada dimaklumkan tentang penahanan, kalau tidak silap, tiga pegawai di kementerian berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan setakat ini, seramai dua individu yang juga pegawai kanan Sivakumar ditahan SPRM berhubung siasatan kes itu sejak semalam.

Menurut laporan media, penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya