Salah tegur, penyanyi mamai? - Utusan Malaysia

Salah tegur, penyanyi mamai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini satu cerita kelakar yang Poklip dengar. Al maklumlah, bila berjumpa rakan-rakan media, memang ada sahaja cerita yang dikhabarkan. Tapi itu bukan bergosip tau, cuma berkongsi cerita, gitu!

Ada seorang penyanyi ini bikin malu ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran produk seorang selebriti baru-baru ini. Dia hadir sebagai penyanyi jemputan, menghiburkan tetamu.

Penyanyi ini memang agak pendiam jadi dia lebih suka duduk berseorangan. Mungkin bagi dia, bila disuruh menyanyi dia terus naik pentas. Tak mahu kelam kabut. Bagus profesional dia.

Cuma sementara menunggu giliran, dia ada cuba berbual dengan sekumpulan artis lain. Dalam kelompok itu, ada penyanyi lama dan baharu. Mungkin tak semua dia kenal. Yelah, dia pun sibuk kan.

Nak dijadikan cerita, si polan itu ada menegur seorang penyanyi baharu. Orangnya boleh tahan popular. Tetapi yang kelakarnya, penyanyi baharu itu dianggap sebagai jurusolek.

Naik malu penyanyi muda itu apabila ditegur sebegitu, Mentang-mentang wajahnya putih gebu, terus disalah anggap sebagai jurusolek.

Tetapi bila ada rakan penyanyi memberitahu, gadis tersebut juga seorang selebriti, si polan itu terus terdiam dan berlalu pergi kerana malu. Aduh, mamai ke dik? Takkan begitu sekali.

Namun Poklip anggap itu lumrah. Poklip sendiri tak kenal semua artis terutama yang baharu. Tak salah pun kalau kita saling bertegur sapa. Jangan sombong-sombong, tak ke mana pun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.