Remaja lelaki OKU maut, seorang lagi cedera disambar petir

Remaja lelaki OKU maut, seorang lagi cedera disambar petir

MANGSA remaja OKU maut disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar, Sabah, petang ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keseronokan sekumpulan remaja bermain bola sepak berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat disambat petir di Padang Pekan Papar, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, remaja OKU dikenali sebagai Muhammad Zulqilfle Redzwan,13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata,  sepasukan sembilan pegawai dan anggota ke lokasi yang berada di hadapan BBP Papar selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 meter dari balai, terdapat dua mangsa yang terlibat.

“Semasa anggota tiba di lokasi, kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala, seorang mangsa mengalami kecederaan dan dibawa  ke hospital.

“Maklumat baharu yang diterima mangsa cedera dikenali sebagai Assiy Qusyairy,13, telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang bermain bola sepak bersama rakan lain ketika hujan sebelum dua daripada mereka disambar petir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN