Radamel Falcao jumpa TMJ dalam masa terdekat

Radamel Falcao jumpa TMJ dalam masa terdekat

PENYERANG Colombia, Radamel Falcao membalas komen TMJ.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemain Piala Dunia beri respons positif dan mungkin akan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mereka adalah legenda Australia, Timothy Filiga Cahill atau lebih dikenali sebagai Tim Cahill serta penyerang Colombia, Radamel Falcao memberi komen positif sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.

Spekulasi itu muncul selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menulis ‘see you soon Tim’ terhadap komen yang ditinggalkan bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton itu di hantaran beliau.

Susulan komen itu, ramai penyokong JDT mulai membuat spekulasi komen Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkait dengan projek yang mahu dilakukannya selepas ini.

Bagaimanapun sehingga hari ini, belum ada pengumuman rasmi atau berkemungkinan Cahill hanya memberi komen tanda seorang rakan kepada Tunku Ismail.

Dalam masa sama, Falcao dikatakan hampir sah menyertai keluarga JDT selepas Tunku Ismail membuat ciapan di Twitter menyatakan akan berjumpa dengan pemain itu sambil beliau sambil turut ‘tag’ nama Falcao dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.

“Jumpa kamu dalam masa terdekat,” kata Tunku Ismail menerusi ciapan Twitternya, sebentar tadi.

Komen berkenaan dibalas semula oleh bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu:”Tidak sabar bertemu anda (Tunku Ismail)…”.

Kontrak Falcao bersama kelab Rayo Vallecano bakal berakhir pada Jun ini dan menurut laporan media itu, dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.

Media Sepanyol, Marca mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT.

Jika Falcao sah menandatangani kontrak bersama JDT, dia akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua yang menyertai Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya