Penentuan juara EPL, Arsenal atau Man City

Penentuan juara EPL, Arsenal atau Man City

TAKTIKAL siapa lebih hebat, Pep Guardiola (kiri) atau Mikel Arteta.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City semakin hampir untuk meraih gelaran treble iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Begitupun, peluang itu akan lebih cerah seandainya anak buah Pep Guardiola mampu mengecewakan Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan awal pagi esok di Stadium Etihad.

Arsenal kehilangan cengkaman selaku pendahulu sejak beberapa minggu lalu dengan tiga keputusan seri berturut-turut menyebabkan mereka hanya mendahului lima mata di depan City.

City dilihat akan menguasai pertembungan berkenaan dengan kelebihan dua perlawanan dalam tangan selain kelebihan beraksi di laman sendiri.

Musim lalu, penentuan juara terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir di mana City dinobatkan juara selepas mengatasi Liverpool satu mata.

Prestasi tidak konsisten barisan pemain muda Arsenal menyaksikan kelebihan 11 mata dipersia-siakan selepas mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Kesempatan itu dimanfaatkan City untuk merapatkan jurang sekali gus membuka peluang untuk mereka mempertahankan kejuaraan berkenaan.

Justeru, Guardiola menggesa penyokong memberikan sokongan paling hebat ketika menentang Arsenal d di Etihad.

“Malam esok (awal pagi Khamis) ibarat final menentang kelab terbaik di England setakat ini dan lima mata di depan kami.

“Saya tahu walaupun mereka seri tiga aksi terakhir, cara mereka bermain dalam keseluruhan perlawanan, ia sukar disekat. Ia perlawanan sangat penting kepada kami kerana kemenangan bakal memberikan kelebihan sangat besar untuk kami menjuarai liga.

“Liga Perdana adalah 11 bulan bekerja, bekerja, bekerja dan kami mahu merebut peluang ini. Kami tak boleh melakukannya seorang. Saya harap seluruh Etihad penuh dengan penyokong tiga jam sebelum perlawanan,” kata Guardiola.

Guardiola sebelum ini kerap mengkritik penyokong kerana mendakwa mereka kurang memberi sokongan kepada City termasuk selepas bangkit menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 pada Januari lalu, Guardiola berkata penyokong ‘sunyi selama 45 minit’.

Skuad The Citizens ketika ini berada di prestasi terbaik apabila menang 3-1 ke atas Leicester City dalam aksi terakhir Liga Perdana selain masih segar dengan kejayaan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menyingkirkan Bayern Munich.

Pada peringkat separuh akhir nanti, anak-anak buah Guardiola akan berdepan Real Madrid dan mereka juga masih meneruskan misi untuk meraih kejayaan treble musim ini apabila akan berdepan Manchester United di final Piala FA.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya