MAG catat prestasi sukuan terbaik dalam 20 tahun - Utusan Malaysia

MAG catat prestasi sukuan terbaik dalam 20 tahun

MALAYSIA Aviation Group catat prestasi kukuh. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) telah mencatatkan prestasi kewangan cemerlang pada suku keempat 2022 dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.146 bilion.

Prestasi kukuh itu adalah antara prestasi terbaik suku tahunannya sejak dua dekad lalu berikutan permintaan kukuh, hasil yang tinggi merentasi segmen penumpang dan kargo serta pengurusan kos yang berkesan dan optimasi aliran tunainya.

Bagi keseluruhan 2022, MAG mencatatkan keuntungan operasi bersih RM556 juta, sementara kerugian bersih berkurangan 79 peratus kepada RM344 juta berbanding RM1.65 bilion setahun lalu.

Sementara itu, baki tunainya berada pada paras RM4.6 bilion setakat 31 Disember 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Izham Ismail berkata, MAG telah keluar daripada Covid-19 dengan landasan kewangan yang kukuh dan sedang mencatat trajektori kewangan yang meningkat.

“Tinjauan permintaan perjalanan kekal kukuh dalam jangka terdekat, walaupun persekitaran makroekonomi kekal sangat mencabar dengan harga bahan api tinggi yang berterusan, pertukaran mata wang asing, kos operasi yang lebih tinggi disebabkan oleh inflasi, kekangan
tenaga kerja, kemelesetan dan risiko geopolitik.

“Dengan pembukaan semula sempadan China pada Januari 2023, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyasarkan untuk mendapatkan semula baki kapasiti untuk keseluruhan rangkaiannya yang kini berada pada tahap 85 peratus, dan memulihkan sepenuhnya perkhidmatan ke China
dan Asia Utara menjelang akhir separuh pertama 2023.

“Itu akan memacu pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan China, meningkatkan hubungan perniagaan dan perdagangan keseluruhan antara kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN