PASIR PUTEH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan 33 kes penyeludupan melibatkan nilai rampasan barangan termasuk cukai lebih RM3 juta menerusi Op Badai dan Op Makmur II di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 27 Mac lalu. Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, operasi yang berakhir semalam melibatkan gerakan bersepadu anggota JKDM Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra). Menurut beliau, sepanjang…










