PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar disahkan telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan agensi itu. Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Sivakumar dipercayai hadir untuk diambil keterangan kira-kira pukul 10 pagi ini. Kata sumber itu, keterangan itu diambil bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan SPRM selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawainya pada minggu lalu. “Beliau hadir bagi bantu siasatan,” katanya…










