Enam selamat selepas kereta dinaiki dihempap pokok

Enam selamat selepas kereta dinaiki dihempap pokok

TIGA kenderaan rosak selepas dihempap pokok dalam kejadian di MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kenderaan rosak apabila dihempap sebatang pokok ketika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGO KL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pokok tumbang kira-kira pukul 3.13 petang melibatkan tiga kenderaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi.

“Kejadian melibatkan sebuah Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora.

“Terdapat enam mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan bagi mengalihkan dan membersihkan laluan sudah selesai dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya