Sabar, masanya akan tiba- Lee Zii Jia

Sabar, masanya akan tiba- Lee Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan prestasi terbaharunya dalam All England yang mara hingga ke peringkat separuh akhir, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuat kesimpulan bahawa dia perlu bersabar untuk mempamerkan kecemerlangan seperti yang pernah dilakukannya pada 2021.

Menulis di laman Instagramnya, Zii Jia berkata dia akan menikmati setiap proses dalam usaha menjadi pemain lebih baik serta bekerja lebih kuat untuk meningkatkan tahap permainan.

“Kota Rom tidak dibina dalam sehari! Tetap semangat. Sudah tentu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

“Saya akan terus bersabar dan menikmati setiap proses yang akan saya depani,” kata Zii Jia menerusi hantaran miliknya, kelmarin.

Sabtu lalu, pemenang All England 2021 itu terkandas pada pusingan separuh akhir di Birmingham selepas tewas kepada pemain China, Shi Yuqi.

Bagaimanapun, kejayaan mara ke peringkat itu adalah yang terbaik buat Zii Jia pada musim ini selepas mengalami empat siri kekalahan di pusingan awal sejak Januari lalu iaitu di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

“Birmingham sentiasa menjadi tempat istimewa untuk saya, seronok dapat kembali ke arena yang hebat ini dengan kehadiran penonton yang luar biasa.

“Malangnya, mengakhiri saingan Seluruh England tahun ini di separuh akhir tetapi ia adalah perlawanan yang baik menentang lawan saya Yuqi.

“Tidak dilupakan, pelindung terkuat saya TeamLZJ (Pasukan Lee Zii Jia). Kita melakukan kerja yang hebat dalam tempoh beberapa bulan ini.

Saya juga menghargai kepercayaan yang diberikan daripada penaja dan peminat,” katanya.

Zii Jia akan meneruskan saingan seterusnya dengan menyertai Terbuka Switzerland yang bermula hari ini (Selasa).

Dia bakal berdepan tugasan berat ekoran dijadual menentang juara All England 2023, Li Shi Feng dari China pada aksi pusingan pertama.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.