Pusat cip terbesar dunia di Seoul

Pusat cip terbesar dunia dibina di Seoul

PEMANDANGAN udara kilang pengeluaran cip Samsung Electronics di Pyeongtaek, Korea Selatan pada 7 September 2022. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan akan membina kemudahan membuat cip komputer terbesar dunia di kawasan Seoul dengan pelaburan kira-kira AS$230 bi­lion (RM1.031 trilion).

Lapor CNN, pelaburan itu akan dibuat daripada syarikat gergasi cip memori, Samsung Electronics.

Rancangan itu diumumkan secara rasmi oleh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan disahkan oleh syarikat elektronik itu.

TERBESAR DUNIA
“Kami akan membina kelompok semikonduktor sistem berteknologi tinggi baharu terbesar di dunia di kawasan Metropolitan Seoul berdasarkan pelaburan swasta berskala besar hampir 300 trilion Won Korea (AS$230 bilion).

“Selain itu, kami akan me­ngembangkan kelompok mega semikonduktor kepada yang terbesar di dunia berkaitan de­ngan kompleks pembuatan semikonduktor memori sedia ada,” kata Suk Yeol.

Kerajaan dalam kenyataan berkata, kluster cip itu akan terletak di wilayah Gyeonggi yang merupakan sebahagian daripada kawasan Metropolitan Seoul dan jumlah pelaburan akan di­siapkan dalam masa kira-kira 20 tahun.

Bagi melindungi harta intelek, negara itu akan menyemak semula Akta Perlindungan Teknologi Perindustrian.

PULUH RIBU PEKERJAAN BAHARU
Mei lalu, Samsung menggariskan rancangan untuk me­labur lebih daripada AS$350 bilion (RM1.6 trilion) ke dalam perniagaannya dan mewujudkan puluhan ribu pekerjaan baharu menjelang 2026.

Syarikat itu akan melabur terutamanya dalam perniagaan teras seperti pembuatan cip dan biofarmaseutikal.

Seorang penganalisis CLSA, Sanjeev Rana berkata, tidak jelas sama ada pelaburan yang diumumkan sebelum ini akan bertindih dengan pelaburan yang diumumkan pada hari Rabu lalu oleh kerajaan.

Beliau memberitahu CNN bahawa rancangan pelaburan Samsung dalam tempoh dua dekad akan datang nampaknya diterjemahkan kepada purata kira-kira 15 trilion Won (RM51.3 bilion) yang dibelanjakan setiap tahun untuk perniagaan faundri atau kontrak pembuatannya.

Ia merupakan jumlah yang hampir dengan perbelanjaan modal tahunannya sedia ada.

“Ini selaras dengan jangkaan pasaran,” kata Sanjeev.

Samsung terkenal dengan bahagian elektroniknya dengan telefon pintar dan televisyennya yang popular.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu bersandar lebih jauh kepada peranannya sebagai pembekal semikonduktor kerana penge­luar di seluruh dunia mengalami kekurangan pengeluaran.

BERSAING DENGAN TAIWAN
Dalam bidang cip komputer mewah, Samsung bersaing secara langsung dengan Intel (INTC) dan TSMC Taiwan.

Sebilangan besar cip mikro termaju dunia dibuat di dua tempat sahaja, Taiwan dan Korea Selatan.

Industri Taiwan adalah lebih besar dan lebih dominan, sesuatu yang Korea Selatan ingin cabar.

Pembuatan cip yang begitu penting hanya di dua tempat sahaja, namun ia menyebabkan kebimbangan terhadap kestabilan rantaian bekalan global ke­rana Korea Selatan dan Taiwan kedua-duanya diancam ketenteraan oleh negara jiran, Korea Utara dan China.

Sejak beberapa tahun ke­belakangan ini, ekonomi utama dunia bimbang mengenai kehilangan akses kepada semikonduktor terutamanya apabila ketegangan politik dan ekonomi meningkat di antara China dan Amerika Syarikat.

Kerajaan termasuk Washington dan syarikat utama mereka seperti Apple meminta syarikat semikonduktor menjalankan operasi secara setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya