'Mahu buka ladang sendiri'

‘Mahu buka ladang sendiri’

ZULFAQAR Arief Zolhaimi (kiri) dan Rohaini Mohd Salman Murugasoo bergambar selepas Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-11 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Minat yang mendalam terhadap bidang pertanian menjadikan Rohaini Mohd. Salman Murugasoo, 25, tidak kisah untuk berpanas dan berpeluh di bawah terik mentari pada setiap hari.

Graduan dari Institut Pertanian Titi Gantong, Perak itu berkata, ini kerana dia dapat melihat masa depannya dalam bidang pertanian selain turut bercita-cita untuk membuka sebuah ladang pertanian dengan elemen teknologi digital iaitu Internet of Things (IoT) pada masa akan datang.

Ketika ini, anak jati Selangor itu sedang menimba sebanyak mungkin pengalaman dengan bekerja sebagai penolong pengurus ladang di sebuah syarikat tanaman pokok hiasan dan pembekal alatan pertanian.

“Saya ceburkan diri dalam bidang pertanian atas dasar minat dan ingin mendalami lebih banyak ilmu sebagai persiapan pada masa akan datang.

“Bidang ini pun bukanlah sesuatu yang asing bagi diri saya kerana saya banyak mengikuti kursus-kursus pertanian selain pernah mengusahakan ternakan kambing, sebab itu saya kata saya nampak masa depan dalam bidang ini,” katanya.

Rohaini merupakan penerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Pertanian pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-11 Tahun 2023 yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Selain Rohaini, Zulfaqar Arief Zolhaimi, 25, juga merupakan penerima dua anugerah iaitu Anugerah Khas Pingat Emas Menteri dan Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

Menurut Zulfaqar yang bekerja sebagai penolong pegawai veterinar di Zoo Negara, dua anugerah yang diterima itu memberi suntikan semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang penternakan.

“Perancangan masa depan adalah untuk mengembangkan ternakan saya di kampung, ketika ini saya ada seekor lembu dan sedang mengumpul modal untuk buka ladang sendiri,” katanya yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Bintulu, Sarawak dalam Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.