EMRAZ sasar bawa 1,000 jemaah haji tahun ini

EMRAZ sasar bawa 1,000 jemaah haji tahun ini

SAMBUTAN luar biasa orang ramai khususnya menerusi penganjuran Karnival Pengelola Jemaah Haji (PJH) di Sepang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat pengendali haji dan umrah, EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ) yakin dapat mencapai sasaran untuk membawa 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Shahrul Izuan Shafie berkata, sasaran itu disokong oleh pakej-pakej haji yang ditawarkan syarikat itu.

Beliau berkata, pihaknya juga gembira dengan sambutan luar biasa orang ramai khususnya menerusi penganjuran Karnival Pengelola Jemaah Haji (PJH)
di Sepang baru-baru ini.

“Ramai pengunjung di Karnival PJH mendaftar dengan EMRAZ apabila mengetahui kami menyediakan penginapan di Hotel Makarem Firdous dan Hotel Dar Al Salah ketika berada di Aziziah (dekat dengan tempat melontar),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, maklum balas yang diterima, kebanyakan pengunjung tidak keberatan membayar lebih kerana mereka lebih mementingkan keselesaan ketika beribadah.

Shahrul Izuan berkata, pihaknya juga percaya lebih ramai bakal jemaah akan mendaftar dengan EMRAZ setelah keputusan rayuan haji diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

EMRAZ adalah antara 23 PJH yang dilantik Tabung Haji bagi Musim Haji 1444H/2023M tahun ini dengan menawarkan tiga pilihan pakej haji iaitu Silver, Gold dan Platinum dengan harga serendah RM49,990 sehingga RM109,990.

Selain itu, mana-mana jemaah yang mendaftar pakej haji dengan EMRAZ berpeluang menziarahi kawasan bersejarah perang Badar dan juga Taif secara percuma tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi selain menikmati diskaun sebanyak RM1,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.