Kos haji meningkat berbanding tahun lalu akibat perang Iran - Utusan Malaysia

Kos haji meningkat berbanding tahun lalu akibat perang Iran

KOS mengerjakan haji meningkat dengan ketara berbanding tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kos menunaikan ibadah haji pada tahun 2026 dilaporkan meningkat dengan ketara sehingga membebankan jemaah dari beberapa negara, termasuk Mesir.

Ibadah haji selama enam hari ke kota suci Mekah yang menjadi antara rukun Islam itu kini menjadi lebih mahal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Persekutuan Pelancongan Mesir yang merupakan antara negara dengan populasi Muslim terbesar di Asia Barat, harga tiket penerbangan purata meningkat kepada 50,000 pound Mesir (RM3,786) daripada 30,000 pound Mesir (RM2,274).

Sementara itu, pakej haji yang sering menjadi pilihan jemaah turut mencatatkan kenaikan sekitar 30 peratus dengan sebahagiannya mencecah sehingga 90,000 pound Mesir (RM6,824) berbanding 70,000 pound Mesir (RM5,307) sebelum ini.

Ibadah haji tahun ini turut terkesan dengan gangguan operasi penerbangan di rantau Teluk sejak Februari,. Ia turut menyebabkan kenaikan harga bahan api pesawat yang mencatat paras rekod, sehingga mendorong peningkatan harga tiket penerbangan.

Syarikat penerbangan Jazeera Airways, yang membawa lebih 30,000 jemaah dari Russia dan negara Asia Tengah ke Mekah berkata, tambang penerbangan meningkat sehingga 40 peratus pada musim ini.

Ini kerana syarikat Kuwait itu tidak melakukan lindung nilai bahan api.

Sementara itu, tambang penerbangan ke Arab Saudi dari pasaran utama Muslim termasuk Mesir, Pakistan dan India dilaporkan meningkat antara 20 hingga 40 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2025, menurut syarikat pelancongan WEGO.

Sesetengah laluan kini mencatatkan kenaikan harga sehingga kira-kira 50 peratus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN