Empat lapangan terbang di Jerman lumpuh kerana mogok

Empat lapangan terbang di Jerman lumpuh kerana mogok

Lapangan Terbang Berlin antara lumpuh berikutan berlaku mogok pekerja hari ini. -Sputniknews

BERLIN: Lapangan terbang di Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen membatalkan pelepasan penerbangan mereka pada hari ini kerana berlaku mogok amaran daripada kakitangan perkhidmatan.

Lapor sputniknews, hal ini kerana kesatuan sekerja dalam sektor perkhidmatan Jerman, Verdi menyeru kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok amaran di semua lapangan terbang terlibat.

Syarikat yang menguruskan lapangan terbang itu menjelaskan, hampir 200 penerbangan akan dibatalkan di Berlin sahaja yang akan menjejaskan kira-kira 27,000 penumpang.

Kesatuan itu juga menggesa mogok itu dilakukan untuk menuntut pampasan yang lebih tinggi untuk kerja hujung minggu dan malam serta gaji lebih masa yang lebih baik untuk para pekerjanya, kata laporan itu.

Bulan lalu, Verdi mengumumkan mogok 24 jam untuk menuntut kenaikan gaji, yang menjejaskan lapangan terbang di beberapa bandar Jerman.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN