China temukan kawasan rizab hampir 50 tan emas

China temukan kawasan rizab emas hampir 50 tan metrik

China menemukan kawasan deposit emas hampir 50 tan metrik. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China baru-baru ini berjaya menemukan kawasan deposit emas yang besar dengan rizab hampir 50 tan metrik yang boleh dijual sekitar AS$3 trilion (RM13.5 trilion) pada harga pasaran semasa.

Biro Geologi dan Sumber Mineral Wilayah Shandong berkata, deposit emas itu terletak di luar bandar Bandar Rushan, Wilayah Shandong, timur China.

“Kawasan deposit emas itu meliputi sebuah kawasan yang luas. “Bijih mudah dilombong dan dipakai,” kata biro berkenaan.

Wilayah Shandong kaya dengan sumber emas dengan pengeluaran yang lebih besar daripada mana-mana kawasan wilayah lain di seluruh China sejak empat dekad yang lalu.

Timbalan Ketua Briged Geologi ke-6 di biro itu, Zhou Mingling berkata, pencari dilaporkan menggali lebih 250 lubang sedalam 1,400 meter untuk mencari deposit itu.

Penilaian kerajaan menunjukkan deposit itu boleh menghasilkan 2,000 tan metrik bijih emas untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya