Bah punca hasil padi di Tumpat merosot

Bah punca hasil padi di Tumpat merosot

PETAK sawah di Kampung Teluk Jering antara lokasi yang sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh melanda Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini berdepan masalah banjir yang menjadi antara penyumbang kepada penyusutan hasil padi diusahakan petani di sawah seliaan agensi itu setiap tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya, Kasim Omar berkata, perubahan cuaca ketika ini yang menyebabkan berlakunya banjir di luar musim turut memberi kesan negatif kepada pengeluaran hasil.

“Selain itu, para pesawah berdepan dengan masalah pengairan. Bila air lambat masuk ke dalam petak sawah ia mengganggu kerja-kerja tanaman padi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan itu sahaja, kemasukan air laut ke dalam petak sawah apabila fenomena air pasang menyebabkan petani tidak dapat menghasilkan padi berkualiti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kasim berkata, walaupun sudah biasa dengan perkara tersebut, situasi itu boleh memberikan kesan tidak baik kepada ‘kesihatan’ tanah.

Katanya, pelbagai usaha dan ikhtiar terpaksa dilakukan oleh petani bagi memastikan kerja-kerja tanaman padi dapat diteruskan.

“Padi adalah punca pendapatan utama penduduk. Tanpa padi mungkin mereka tidak dapat menjana pendapatan untuk menyara keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merosot kira-kira 150,000 tan metrik setahun yang dibimbangi jika berterusan akan menjejaskan bekalan beras negara.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, kawasan tanaman padi di Kelantan berkurang sebanyak 29 peratus ekoran ditukar status bagi tujuan pembangunan untuk penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×