Adam kembali temui rentak berlumba

Adam kembali temui rentak berlumba

Adam Norrodin mempamerkan peningkatan selepas berjaya meraih mata ketika pusingan kedua WSBK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Adam Norrodin mempamerkan peningkatan selepas berjaya meraih mata ketika pusingan kedua Kejuaran Superbike Dunia (WSBK) bagi kelas Supersport, semalam.

Adam yang beraksi untuk pasukan Petronas MIE MS Racing Honda berjaya menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke 15 kelmarin, dan kemudian dalam perlumbaan kedua semalam, dia berjaya memperbaiki kedudukan dengan mengakhiri saingan di tangga ke-13.

Pelumba kelahiran Johor itu, hanya ketinggalan 53.175 saat(s) dibelakang pemenang dari pasukan Althea Racing Team, Federico Caricasulo yang melengkapkan 18 pusingan perlumbaan di Litar Mandalika Indonesia dengan catatan 28’51.984s.

Tempat kedua milik Stefano Manzi daripada pasukan Ten Kate Racing Yamaha, manakala Nicolo Bulega daripada Aruba Racing WorldSSP meraih kedudukan tempat ketiga.

“Alhamdulillah dalam dua perlumbaan di Litar Mandalika kali ini kami berjaya mencapai sasaran untuk mengutip mata, jadi kami menunjukkan peningkatan demi peningkat dalam setiap perlumbaan.

“Sudah pasti bila kami akan dapat pakej jentera yang lebih baik di Eropah nanti, kami akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, terima kasih kepada semua yang mendoakan, kami akan terus mencuba,” jelas Adam.

Selepas dua pusingan, Adam kini mengumpul keseluruhan sembilan mata, dan tekad mahu meneruskan momentum untuk memperbaiki kedudukannya dalam carta pelumba keseluruhan.

Saingan Pusingan 3 dijadual berlangsung di Litar TT Assen, Belanda dari 21 hingga 23 April ini sebelum beralih ke Litar Catalunya, Sepanyol, 5 hingga 7 Mei.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Adam, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi dalam kelas perdana, WSBK menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 untuk membawa satu mata berharga dari Indonesia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya