TMJ pengurus Harimau Malaya?

TMJ pengurus Harimau Malaya?

TUNKU Ismail sebelum ini turut memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya ketika mengharungi Piala AFF 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak kemungkinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi pengurus Harimau Malaya.

Bagaimanapun, kata Hamidin, buat masa ini, perkara tersebut tidak datang dari mulut pemilik kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sendiri dan hanya bersifat khabar angin semata-mata.

Hamidin berkata, jika perkara itu benar, beliau sendiri akan berjumpa dengan Tunku Ismail bagi membincangkan perkara tersebut demi kebaikan pasukan bola sepak kebangsaan pada masa hadapan.

“Saya nampak tular TMJ sebagai pengurus (Harimau Malaya) tetapi, itu merupakan pandangan netizen dan juga penulis blog. Jika ada (hasrat jadi pengurus) kita perlu bincang dan saya kena bawa kepada Exco FAM untuk putuskan, jadi tidak usah buat spekulasi.

“Kalau perkara ini datang dari mulut dia (TMJ) saya akan berjumpa dengannya untuk perbincangan lanjut. Ini spekulasi dari orang ramai…Perlu diingat semua ini untuk pasukan Harimau Malaya dan bukanya secara peribadi. Jika baik untuk bola sepak mengapa tidak.

“Saya percaya semua pihak ke arah tersebut (mahu melihat perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan). Jadi, kita tidak menolak sebarang kemungkinan untuk sesiapa sahaja tampil untuk membantu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ketika ini jawatan selaku pengurus disandang oleh Kim Pan Gon yang juga bertindak sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan TMJ sesuai menjadi pengurus Harimau Malaya selepas kerap memberikan sumbangan dan bantuan sewajarnya bagi memastikan skuad kebangsaan dapat menjalani latihan dengan sempurna seterusnya mampu memberi tentangan sengit kepada lawan.

Terbaharu dikhabarkan Tunku Ismail turut memperuntukkan peralatan kecergasan untuk Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi perlawanan Piala Asia awal 2024.

Malah, beliau juga pernah mengeluarkan wang sendiri untuk menukarkan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) daripada Cow Grass kepada Zeon Zoysia yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta.

Oleh itu, tidak mustahil jika Tunku Ismail berperanan sebagai pengurus skuad Harimau Malaya sekali gus mampu memberi suntikan kepada pemain untuk mencipta kejayaan positif.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.