Rashford bantu United ratah Leicester

Rashford bantu United ratah Leicester

PENYERANG Manchester United,Marcus Rashford melakukan rembatan kencang ke gawang Leicester.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sentuhan penyudah Marcus Rashford terus menjadi ‘senjata’ Manchester United ketika melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Beraksi di Old Trafford, Red Devils membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Rashford.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama meskipun kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk meraih jaringan.

Bersambung babak kedua, bintang England itu sekali lagi menceriakan penyokong United dengan meledak gol kedua perlawanan.

Lima minit kemudian, Jadon Sancho memastikan kemenangan mutlak menjadi milik skuad bimbingan Erik ten Hag menerusi gol ketiga.

Kemenangan itu, meletakkan United semakin menghampiri dua pasukan teratas liga iaitu Arsenal dan Manchester City.

United kini berada dikedudukan ketiga liga dengan mengutip 49 mata dan hanya ketinggalan lima mata dengan pendahulu liga, Arsenal.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya