Norway tempah 54 kereta kebal baharu buatan Jerman - Utusan Malaysia

Norway tempah 54 kereta kebal baharu buatan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Kerajaan Norway akan menempah sebanyak 54 kereta kebal baharu jenis Leopard 2 buatan Jerman bagi tentera negara itu dari syarikat Krauss-Maffei Wegmann.

Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere berkata, Norway juga akan mempunyai pilihan untuk membeli 18 kereta kebal lagi pada masa hadapan.

“Kami akan memastikan Norway mempunyai kereta kebal yang sama seperti negara jiran Nordik lain dan sekutu utama NATO.

“Ini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi hubungan negara kami dengan Jerman,” katanya.

Norway yang berkongsi sempadan Artik sepanjang 196 kilometer (km) dengan Russia, sebelum ini merancang untuk membeli sama ada kereta kebal Leopard 2 A7 buatan Jerman atau K2 Black Panther yang dikeluarkan oleh Hyundai Rotem.

Norway pada mulanya merancang untuk membeli sebanyak 72 kereta kebal, namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan berpandangan jumlah pembelian dikurangkan supaya lebih banyak dana dapat diperuntukkan untuk pembelian aset lain seperti helikopter, dron dan artileri jarak jauh. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.