Bekas jurulatih menembak diarah bela diri - Utusan Malaysia

Bekas jurulatih menembak diarah bela diri

MAHKAMAH Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas jurulatih menembak diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dengan niat pada 13 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman terhadap Zamil Ahmad Murad, 62, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, dekat sini antara pukul 4.15 petang sehingga pukul 4.30 petang pada 1 Februari 2010.

Bagi kesalahan itu, Zamil didakwa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan pada 11 dan 12 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kes di peringkat pembelaan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dan Hanis Nabihah Hizamul-Din.

Manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.

Dalam kejadian pada 13 tahun lalu itu, seorang lelaki ditembak mati selepas memecah masuk ke rumah tertuduh yang juga jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) melalui pintu belakang.

Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak pulang selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya