Agong yakin kredibiliti Hamidin

Agong yakin kredibiliti Hamidin

Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Hamidin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di atas kejayaan beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Baginda menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkan ianya sebagai satu pengiktirafan kepada beliau dan juga kepada FAM serta negara.

“Selain itu, ianya juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan keyakinan Hamidin dengan berbekalkan keupayaan dan pengalaman luas beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.

“Baginda turut yakin bahawa beliau akan membawa suatu nafas baru kepada sukan bola sepak dunia dan negara,” titah baginda menerusi satu kenyataan daripada Istana Negara.

Baginda turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Hamidin dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya