24 maut dalam banjir, tanah runtuh di Sao Paulo

24 maut dalam banjir, tanah runtuh di Sao Paulo

GAMBAR yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Sao Sebastiao ini menunjukkan kemusnahan yang disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh 24 jam, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat berukuran 60 sentimeter dalam 24 jam meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa di tenggara Sao Paulo, semalam.

Rakaman televisyen dan media sosial dari bandar San Sebastiao menunjukkan seluruh kawasan kejiranan tenggelam dan serpihan kayu dari rumah di lereng bukit diheret oleh tanah jerlus.

Lebuh raya turut dinaiki air dan banyak kereta yang musnah akibat pokok tumbang.

Datuk Bandar San Sebastiao, Felipe Augusto berkata, sekurang-kurangnya 23 maut di San Sebastiao dan seorang gadis turut terbunuh di bandar Ubatuba.

Sebanyak 228 orang lagi kehilangan tempat tinggal dan 338 orang dipindahkan di wilayah pantai utara, bandar Sao Paulo.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan angka berapa ramai yang hilang atau cedera.

Gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas mengisytiharkan darurat di lima bandar di sepanjang pantai selepas membuat tinjauan udara di atas kawasan-kawasan yang musnah akibat cuaca.

Sehubungan itu, sebanyak AS$1.5 juta (RM6.65 juta) diperuntukkan untuk operasi menyelamat.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam ciapan di Twitter berkata, beliau akan melawat kawasan yang terjejas hari ini berikutan sedang bercuti sejak Jumaat lalu di negeri timur laut Bahia.

San Sebastiao, 200 kilometer di utara Sao Paulo merupakan tempat orang ramai dari bandar menghabiskan cuti hujung minggu di pantai.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya