Rashford kembali sertai Man. United?

Rashford kembali sertai Man. United?

Marcus Rashford
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Marcus Rashford dijangka kembali bersama Manchester United selepas Barcelona dilaporkan bersedia menamatkan tempoh pinjaman penyerang berusia 28 tahun itu.

Kelab Catalan itu ketika ini selesa di puncak La Liga dengan kelebihan sembilan mata dan dilihat berada di landasan tepat untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut mengatasi seteru tradisi, Real Madrid.

Namun, kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara apabila tersingkir di tangan Atletico Madrid mendorong pengendali, Hansi Flick bersama pihak pengurusan Barcelona merancang membina semula pasukan menjelang akhir musim.

Menurut laporan media Sepanyol, lima pemain berkemungkinan besar akan dilepaskan termasuk Rashford, biarpun mereka mempunyai pilihan untuk membeli penyerang itu daripada United dengan harga RM156.

Rashford, yang kini beraksi secara pinjaman mempamerkan aksi memberansangkan selepas meledak 12 gol dan 13 bantuan jaringan musim ini.

Walaupun sebelum ini Barcelona berminat mengekalkannya, usaha mereka untuk berunding semula yuran perpindahan itu gagal apabila United enggan menurunkan harga yang ditetapkan.

Dalam masa sama, penyerang veteran, Robert Lewandowski turut berada dalam senarai pemain yang mungkin meninggalkan kelab.

Kontraknya yang bakal tamat musim panas ini, ditambah faktor usia dan masalah kecergasan, menimbulkan keraguan terhadap masa depannya di Camp Nou.

Seorang lagi pemain bergaji tinggi, Frenkie de Jong, juga berpotensi dijual bagi mengurangkan beban kewangan kelab dengan pemain tengah Belanda itu dilaporkan memperoleh hampir RM2.04 juta seminggu.

Dua lagi pemain yang turut dikaitkan dengan pintu keluar ialah bekas pertahanan Chelsea, Andreas Christensen, serta graduan La Masia, Marc Casado.

Christensen, yang menyertai Barcelona pada 2022, bakal tamat kontrak dan tiada rundingan lanjutan setakat ini.

Sementara itu, Casado mungkin terpaksa mencari kelab baharu selepas gagal mendapatkan minit permainan mencukupi dengan hanya satu penampilan dalam kesebelasan utama daripada lapan perlawanan terakhir La Liga. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN