Sombong? Itu bukan saya - Aedy Ashraf - Utusan Malaysia

Sombong? Itu bukan saya – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“AEDY artis sombong. Sukar didekati dan susah buka mulut.” Itu antara dakwaan yang berlegar dalam dunia hiburan. 

Sebarang kontroversi melibatkan nama Aedy Ashraf akan perlahan-lahan pudar tanpa sebarang jawapan. 

Mungkin dia lebih senang begitu. Namun, apakah yang menjadikan dia begitu tegar untuk terus mengunci mulut? 

Adakah ada sesuatu yang ingin dia jaga sehingga lebih senang mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan? 

Tetapi, langkah itu juga mungkin disalah erti oleh segelintir peminat sehingga ada yang melabelkan dia sebagai pelakon sombong. Jawablah! mendapatkan Aedy Ashraf!

Aedy sebelum ini memang jarang menjawab sebarang kontroversi. Lebih senang mendiamkan diri. Tunggu reda, baru buka mulut atau bagaimana? 

Tidak juga, saya fikir lebih baik saya berdiam diri. Silent is the best thing. Tak perlu angkat telefon, jangan jawab apa-apa. Kalau tidak ada apa-apa yang penting, saya jarang turun ke majlis hiburan.

Bagi saya, itu adalah cara terbaik untuk mengawal sesuatu keadaan. Itu pendapat peribadi saya. Jadi, kalau itu cara yang bagus, kenapa saya perlu menjawab apa-apa?

Aedy memang seorang yang suka pendam perasaan dan berahsia? 

Tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain? Ya, saya memang tidak suka bercerita. Simpan sendiri sahaja. 

Bagi saya, itu tidak menganggu kesihatan mental. Saya sudah hampir 23 tahun dalam industri seni. Sudah tahu perjalanannya bagaimana. Macam-macam saya sudah lalui. 

Walaupun cuba berhati-hati dan lebih senang sendiri, ada kala terkait juga dengan kontroversi. Itu tidak boleh elak.

Adakah langkah ini kerana pengalaman lalu yang memberi kesan terhadap pemikiran dan cara Aedy mengendali sesuatu situasi? Ada apa-apa yang melukakan Aedy? 

Mungkin kalau 10 tahun lalu, saya akan mudah emosi. Mudah membalas setiap tohmahan atau kontroversi. 

Tetapi tidak sekarang. Kalau hendak cerita tentang pengalaman, kontroversi melibatkan drama Cinta Tiada Ganti yang berlaku dulu cukup meninggalkan kesan. Ketika itu, peminat drama Melayu tidak suka saya bergandingan dengan Nelydia. 

Pelbagai kecaman dan kritikan mereka lempar. Memang makan dalam, tetapi saya teruskan juga penggambaran. 

Tiga bulan saya tidak buka sosial media. Saya hanya boleh halang diri daripada membaca semua itu. Saya tidak ada kuasa untuk tutup mulut atau jari orang lain. Jadi, saya jaga perasaan diri sendiri.

Sampai sekarang memang Aedy tidak membaca komen langsung? 

Boleh dikatakan begitu. Saya tidak mahu kecaman atau kritikan menjatuhkan itu memakan diri. Cukup saya tahu, ada peminat dan mereka yang rapat menyokong.

Tetapi, ada yang menyalah anggap kematangan, sifat berdiam diri itu sebagai sombong. Sampai ada segelintir yang label Aedy artis sombong. 

Terpulang, saya tahu diri sendiri. Mana yang kenal dan rapat dengan saya tahu, sifat sombong itu memang jauh dari pada peribadi saya. 

Saya tahu dari mana saya datang, kedudukan dan siapa saya. Tetapi, kalau ada yang tetap nak cakap atau label, saya tidak ada hak untuk menghentikannya. 

Boleh kongsi perkembangan kerjaya seni untuk tahun ini? Dengar cerita sibuk dengan penggambaran.

Alhamdulillah, saya masih aktif dengan lakonan. Sekarang sedang ditayangkan drama baharu, Kerana Cinta Itu Ada bergandingan dengan Nabila Razali. 

Ada juga filem yang bakal ditayangkan Ogos depan, tidak silap saya. Tahun ini memang sibuk dengan lakonan, perniagaan dan pelbagai lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.