Sedar bahaya dadah - Utusan Malaysia

Sedar bahaya dadah

Bahaya dadah
ABDUL Razak (kanan) melihat Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat, Azhar A. Kadir (empat, kiri) melakukan gimik pelancaran Karnival Anti Dadah dekat SK Sijangkang Jaya di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Masih banyak perkara berfaedah boleh dilakukan di samping menyedari risiko penagihan dadah yang tidak memberi jaminan kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

Demikian seloroh murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya ketika menyertai pameran dalam Karnival Anti Dadah peringkat sekolah berkenaan anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai agensi lain.

Menurut seorang murid tahun enam, Shahadan Sabri, 12, ibu bapanya sentiasa mengingatkan supaya tidak terjebak dengan dadah dan punca ke arah tindakan itu seperti merokok dan menghisap vape.

“Bapa saya seorang pesara tentera dan sentiasa berpesan bukan sahaja menjauhi dadah malahan tidak menghampiri rokok dan vape. Ini disebabkan dalam rokok pelbagai jenis dadah boleh dimasukkan sebagai bahan untuk dihisap. Jangan cari penyakit yang sukar diubati,” katanya.

Sementara itu, rakan sebayanya, Norzuhaira Mohd.Nasir Yusof pula memberitahu, dadah bukan sahaja memburukkan kesihatan manusia malahan menyusahkan orang sekeliling.

“Kalau boleh hisap rokok pun tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi punca ketagihan dadah. Ketagihan dadah juga berpunca dari rokok, puncanya adalah ‘mencuba’. Jadi mengelak daripada mencuba adalah lebih baik. Mencegah juga lebih baik daripada mengubati,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, program lima hari tersebut wajib dilawati oleh semua murid di Kuala Langat.

“Kita perlu terus mengadakan program sebegini dari masa ke semasa kerana ketagihan dadah bukan sahaja merosakkan diri tetapi meruntuhkan agama, bangsa dan negara,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya