PLUS sedia perjalanan selamat, selesa cuti Tahun Baharu Cina

PLUS sediakan perjalanan selamat, selesa sempena cuti Tahun Baharu Cina

plus
ZAKARIA AHMAD ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited untuk menyediakan perjalanan yang lebih selamat dan selesa untuk orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Kami menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami pada hari-hari puncak (hari-hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi)
iaitu pada 20 Januari, 21 Januari dan 24 Januari 2023, bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

PLUS

Oleh itu katanya. bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan awal dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati
perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa ketika berada di rangkaian lebuh rayanya.

Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik dan sebagainya.

“Fokus kami pada perayaan hari ini adalah aspek keselamatan di lebuh raya di mana pelbagai strategi telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan, Pada masa yang sama, kami memohon kerjasama pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sepanjang musim perayaan yang akan datang,” jelas beliau.

Menurut Zakaria, penunggang motosikal menyumbang kepada kira-kira 64 petaus daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun 2022.

PLUS

“Manakala, kemalangan-kemalangan yang membabitkan kenderaan berat pula sering menyebabkan kesesakan yang teruk memandangkan ia memerlukan tempoh yang agak panjang untuk dialihkan dan diselesaikan serta memerlukan kehadiran dan bantuan jenterajentera berat seperti kren dan sebagainya,” kata Zakaria.

Oleh yang demikian, PLUS berkolaborasi bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya pada musim perayaan ini.

PLUS

“Selain itu, bagi meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS termasuklah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pada musim perayaan ini, jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2 Ronda akan ditambah kepada 265 pasukan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 9.1% berbanding hari-hari biasa. Pada perayaan kali ini, PLUS juga akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dan LPT2 untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang.

“Pemandu juga dinasihatkan agar menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menggunakan mod RFID ketika masuk ke lebuh raya, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID.

“Ini dapat mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain. PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi untuk perjalanan mereka.

“Orang ramai juga disarankan supaya menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya