Naim, Sissy Imann tak rayu Mas Idayu komen persembahan - Utusan Malaysia

Naim, Sissy Imann tak rayu Mas Idayu komen persembahan

SHAH ALAM: Tidak seperti peserta Famili Duo lain, Sissy Imann dan Naim Daniel memilih untuk tidak merayu juri tetap, Mas Idayu memberikan komen terhadap persembahan mereka.

Naim ketika ditanya adakah mahu Mas Idayu memberikan komen selepas membuat persembahan pada pusingan Separuh Akhir program tersebut menjawab:

“Ini adalah sebuah persembahan hiburan keluarga. Terpulang kepada juri untuk menilai persembahan.

“Kami di sini berdiri sebagai penyanyi dan pemuzik agar dapat dinilai dengan keterbukaan hati,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu juga dilihat tidak memberikan sebarang komen terhadap persembahan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, persembahan mereka menerusi lagu Pening nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Ezlynn menerima 8 daripada 10 markah.

Situasi tegang tersebut dipercayai susulan kontroversi komen pedas diberikan Mas Idayu terhadap persembahan Sissy dan Naim, minggu lalu.

Pusingan Separuh Akhir Famili Duo dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN