Biden enggan hantar jet pejuang F-16 ke Ukraine

Biden enggan hantar jet pejuang F-16 ke Ukraine

GAMBAR menunjukkan jet tempur Tentera Udara Amerika Syarikat, F-16 Fighting Falcon dari Pangkalan Udara Aviano, Itali tiba di Pangkalan Udara Incirlik, Turki, untuk menyokong Operasi Penyelesaian Inherent. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertegas menyatakan pihaknya tidak akan menyediakan jet pejuang F-16 ke Ukraine kerana Kyiv didapati memperluaskan senarai persenjataan yang diperlukannya untuk mengusir tentera Russia dari wilayah yang diduduki.

Di White House, Biden berkata, beliau menentang pembekalan jet pejuang AS ke Ukraine.

“Tidak,” katanya ketika ditanya wartawan di White House sama ada dia memihak untuk menghantar F-16 atau lain-lain.

Kini AS, Jerman dan negara lain bersetuju untuk meningkatkan senjata Ukraine dengan menyediakan kereta kebal tempur berat.

Pemimpin-pemimpin Eropah berkata, mereka terbuka kepada idea itu, walaupun Ukraine belum secara rasmi meminta pesawat pejuang canggih daripada sekutunya untuk perang.

Penganalisis percaya kedua-dua negara iaitu Ukraine dan Russia sedang bersiap sedia untuk berperang dalam beberapa bulan akan datang dan pesawat Barat boleh meningkatkan kekuatan Kyiv.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, beliau tidak akan menolak memberikan pesawat pejuang kepada Ukraine tetapi memberi amaran terhadap risiko peningkatan konflik.

Pertempuran dikatakan berterusan di tempat-tempat penting manakala tentera Russia berusaha meluaskan cengkaman mereka di wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Pemimpin Donetsk yang dilantik oleh Russia, Denis Pushilin mendakwa tentera Rusia sedang mara berhampiran Vugledar, sebuah bandar yang bernilai strategik di barat daya bandar Donetsk.

“Sekarang kita boleh mengatakan bahawa unit telah menubuhkan kedudukan di bahagian timur Vugledar, dan kerja juga sedang dijalankan di kawasan sekitar,” kata Pushilin, menurut agensi berita Russia.

Tetapi Kyiv menolak dakwaan itu, sambil mengakui bahawa pertempuran di sana adalah sukar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.