Vietnam dulu, Malaysia kemudian

Vietnam dulu, Malaysia kemudian

Harimau Malaya mungkin terpaksa menunggu Vietnam atau Thailand ke Piala Dunia dahulu, jika kedudukan ranking menjadi ukuran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vietnam berpeluang menjadi pasukan pertama dari ASEAN untuk mela­yakkan diri ke Piala Dunia 2026.

Kedudukan di ranking ke-96 dunia juga memperlihatkan potensi mereka untuk mara ke kejohanan tertinggi bola sepak dunia tersebut berbanding Malaysia di tangga ke-146 dunia.

Justeru, realiti itu perlu di­terima peminat-peminat negara yang turut mengharapkan Harimau Malaya berada di kejohanan tersebut namun secara realistiknya perjalanan skuad kebangsaan masih jauh berban­ding Vietnam dan Thailand.

Dua jurulatih berpengalaman negara, Muhammad Azraai Khor Abdullah dan B. Sathianathan meramalkan Vietnam mampu layak ke Piala Dunia 2026 dan menjadi pasukan Asia Tenggara pertama berjaya berbuat demikian.

Azraai berkata, selagi ma­salah yang berlaku dalam bola sepak domestik gagal diselesaikan, selagi itulah Malaysia jangan bermimpi untuk layak ke Piala Dunia.

“Untuk membentuk sebuah pasukan yang bagus dan berkualiti tinggi, Malaysia memerlukan ‘blue print’ yang benar-benar mantap.

“Saya tidak dapat melihat bola sepak kita maju ke depan, kalau diimbas kembali pada zaman 70-an, Vietnam adalah negara yang menjadi belasahan Malaysia,” katanya.

Turut senada dengan pandangan Azraai adalah bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan berkata: “Sejak jurulatih dari Korea Selatan di bawa masuk dan mereka juga memiliki pengarah kejurulatihan dari Jerman, bola sepak Vietnam telah banyak berubah”.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya