Tandukan Tien Linh letakkan Vietnam 1-0 di atas Malaysia

Tandukan Tien Linh letakkan Vietnam 1-0 di atas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya ketinggalan 0-1 dalam aksi separuh masa pertama menentang Vietnam pada Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, sebentar tadi.

Gawang Malaysia yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi akhirnya dibolosi pada minit ke-27 menerusi tandukan Nguyen Tien Linh yang berjaya mengelirukan penjaga gol negara itu.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon melakukan lapan pertukaran berbanding perlawanan menentang Laos, Sabtu lepas dengan hanya tiga pemain dikekalkan.

Tiga pemain tersebut ialah Faisal Abdul Halim, Mukhairi Ajmal dan Shahrul Nazeem.

Lapan pemain yang disenaraikan ke dalam kesebelasan utama kali ini ialah Lee Tuck, Darren Lok, Brendan Gan, Stuart Wilkins, Azam Azmi, Dominic Tan dan V. Ruventhiran.

Dalam perlawanan yang berlangsung sengit itu turut menyaksikan Nguyen Van Toan di layangkan kad kuning kedua dan sekali gus kad merah dikeluarkan pengadil Jepun, Ryuji Sato pada minit ke-32 selepas terjahan keras ke atas Dominic Tan.

Beraksi dengan 10 pemain, barisan pemain negara cuba memanfaatkan kesempatan dengan melakukan serangan ke kubu tuan rumah, namun, penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan tersebut.

Antara peluang terbaik yang diperoleh Harimau Malaya ialah menerusi V. Ruventhiran pada minit ke-36, namun, malangnya rembatan bek kiri itu tersasar keluar.

Tandukan menerusi pemain tengah Selangor, Mukhairi turut berjaya dikuis penjaga gol Vietnam pada minit ke-40 yang merupakan percubaan pertama tepat ke pintu gol pasukan lawan.

Keputusan Kekal Malaysia ketinggalan 0-1 sehingga wisel penamat babak pertama dibunyikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya