Nombor bil rujukan mandatori bayaran cukai

Nombor bil rujukan mandatori bayaran cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan ‘Nombor Bil’ akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula esok.

LHDN menerusi kenyataan memaklumkan, maklumat berkenaan nombor bil boleh diperoleh mulai 1 Januari 2023 melalui beberapa kaedah termasuk Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ dan notis taksiran atau anggaran serta surat tuntutan bayaran yang dihantar kepada pembayar cukai.

Menurutnya, bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Bayaran HASiL dan bank-bank ejen.

“Bagi tujuan bayaran di kaunter dan bank-bank ejen, pembayar cukai perlu mencetak slip bayaran atau muat turun Nombor Bil yang diperlukan dengan mengimbas Kod QR yang dipaparkan pada slip bayaran berkenaan.

“Namun demikian, dalam tempoh peralihan kepada penggunaan Nombor Bil ini, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan sehingga 30 Jun 2023,” katanya.

Katanya, info lanjut mengenai nombor bil boleh diperolehi menerusi portal rasmi di https://www.hasil.gov.my/ dan Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya