Malaysia cerahkan peluang ke peringkat kalah mati

Malaysia cerahkan peluang ke peringkat kalah mati

YEE Xin Ying sewaktu beraksi menentang Huang Wei-Ting dalam perlawanan Kumpulan D yang menyaksikan Malaysia menewaskan Taiwan 3-0 pada Kejuaraan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, semalam. - IHSAN World Squash Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati selepas melakar kemenangan kedua menundukkan Finland 3-0 dalam aksi Kumpulan D pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah, Mesir, hari ini.

Menurunkan barisan terkuat, Malaysia mempertaruhkan Chan Yiwen yang meraih mata pertama selepas menundukkan Maarit Ekholm 11-3, 11-2, 11-1 dalam masa 33 minit.

Rachel Arnold pula yang diletakkan selaku perseorangan kedua turut tidak berdepan masalah menewaskan Riina Koskinen 11-6, 11-5, 11-6.

Malaysia kemudiannya menutup aksi menerusi Aifa Azman yang turun sebagai perseorangan ketiga apabila pemain berusia 21 tahun itu mengalahkan Emilia Soini 11-9, 11-4, 11-7 dalam masa 27 minit.

Semalam, Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila menundukkan pendatang baharu, Taiwan 3-0 dalam perlawanan pembukaan.

Rachel yang diletakkan selaku perseorangan pertama tidak berdepan masalah menundukkan Lee Yi-Hsuan 11-4, 11-1, 11-2 hanya dalam masa 15 minit.

Untuk perlawanan kedua, Malaysia menurunkan pemain muda berusia 19 tahun, Yee Xin Ying yang menewaskan Huang Wei-Ting 11-5, 11-4, 11-1 dalam masa 14 minit.

Chan Yiwen yang turun sebagai perseorangan ketiga melengkapkan kemenangan bergaya skuad kebangsaan setelah hanya mengambil masa selama 13 minit untuk mengetepikan cabaran Wang Yuan 11-1, 11-2, 11-5.

Penampilan terakhir Malaysia dalam kejuaraan dunia ialah pada 2018 dan hanya mara sehingga ke suku akhir sebelum langkah mereka disekat Perancis apabila kalah 1-2.

Pada 2020, Malaysia yang sepatutnya menjadi tuan rumah, bagaimanapun, dibatalkan apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.

Dalam perlawanan ketiga, esok, Malaysia perlu melakar kemenangan ke atas Jepun jika berhajat untuk mara ke peringkat kalah mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya