SEOUL: Ketua polis Korea Selatan berkata tindakan kecemasan oleh pihak berkuasa tidak mencukupi selepas menerima panggilan mengenai insiden rempuhan di Itaewon Ahad lalu.
Ketua Polis Negara, Yoon Hee-keun berkata, polis menerima banyak panggilan sebelum bencana itu berlaku yang memaklumkan mereka tentang keseriusan situasi itu.
Tetapi respons yang diberikan tidak cukup pantas.
Polis Seoul berkata panggilan pertama ke nombor kecemasan Korea Selatan dibuat ketika kejadian dan 10 lagi panggilan dalam tempoh tiga setengah jam berikutnya.
Yoon menegaskan akan menjalankan siasatan terperinci untuk melihat sama ada tindakan sewajarnya diambil selepas menerima panggilan, dan jika pegawai telah bertindak sewajarnya.
Polis sebelum ini memaklumkan mereka mengerahkan lebih ramai pegawai untuk perayaan Halloween tahun ini daripada yang mereka lakukan untuk parti pra-Covid.
Seorang anggota Kongres juga menegaskan bahawa kerana tiada penganjur utama untuk parti itu, tiada permintaan khas dibuat kepada polis untuk kawalan orang ramai dan pengurusan keselamatan.-AGENSI










