Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 sasar 300 peserta

Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 sasar 300 peserta

halal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buat julung-julung kali, satu persidangan peringkat nasional membabitkan eksekutif halal dan pengamal industri halal dari seluruh negara akan diadakan di Pusat Konvesyen Bangi Avenue, Bangi pada 29 hingga 30 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, acara yang dikenali Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 (PEH22) itu merupakan platform perkongsian idea dan bertukar-tukar pandangan secara eksklusif melibatkan pengamal-pengamal pensijilan halal daripada pelbagai industri.

Amir Hamzah

Katanya, PEH22 juga diharap memberi peluang kepada eksekutif halal dan pengamal industri halal mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan melalui sesi  Perbincangan panel melibatkan pelaksana dasar, pakar pelbagai bidang berkaitan halal.

“Melalui persidangan kali pertama ini, kita menyasarkan penyertaan 300 orang eksekutif halal yang sedang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara.

“Pada masa sama, PEH22 juga membuka penyertaan kepada para pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan halal dan syariah sekali gus memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang serta hala tuju profesion eksekutif halal,” katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur berkata, PEH22 dianjurkan secara bersama oleh Kolej UNITI Port Dickson dan Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) selain mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri selain penglibatan syarikat-syarikat terkemuka tempatan.

Katanya, selain sesi taklimat dan penerangan daripada pihak berautoriti dalam pensijilan halal khususnya Sekretariat Majlis Halal Malaysia, peserta PEH22 juga berpeluang mengikuti forum membabitkan pakar-pakar bidang berkaitan halal termasuk dari Institut Pertanian Bogor (IPB) University, Jawa Barat, Indonesia.

“Pada penghujung persidangan, PEH22 juga memberi peluang kepada eksekutif halal yang mengambil bahagian mengemukakan pandangan, isu dan cadangan berkaitan secara kolektif kepada penggubal dasar sekali gus memartabatkan profesion ini di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

“Resolusi ini kemudiannya akan diserahkan secara terus kepada pihak berwajib dan kita berharap harapan eksekutif halal terbabit akan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan,” katanya.

PEH22 bakal dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri selain turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Yuran penyertaan persidangan selama dua hari ini adalah hanya RM1,188 bagi Pakej Premium manakala RM988 untuk Pakej Standard.

Namun untuk tempoh masa terhad sehingga 15 November 2022, peserta boleh menikmati harga early bird iaitu hanya RM988 (Pakej Premium) dan RM688 (Pakej Standard) dengan penjimatan sehingga RM300.

Pendaftaran dan maklumat lanjut PEH22 boleh dibuat melalui pautan https://halalschool.onpay.my/order/form/peh22. Sebarang pertanyaan mengenai persidangan ini boleh hubungi Eksekutif Latihan dan Pentadbiran UHAC, Ahmad Amirul Azhan Bin Ramlan (017-7455303)/ Eksekutif Latihan UHAC, Muhammad Firdaus Bin Mohd Yuzwan (019-2921802). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya