fbpx

Pelajar sekolah teruja belajar ilmu pelaburan

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin, Labu, Seremban teruja ketika mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia 2022 yang diadakan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON: Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Shahardin, Labu, Seremban teruja untuk mempelajari ilmu berkaitan pelaburan dan saham sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022.

Guru pengiring, Noraezza Md. Taib berkata, kesemua 40 pelajar tersebut merupakan ahli Kelab Pelaburan Bijak di bawah naungan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Diharapkan 40 pelajar yang menyertai program MSAM 2022 ini mendapat pendedahan tentang pelaburan dan simpanan yang sesuai untuk mereka.

“Kelab Pelaburan Bijak merupakan inisiatif PNB dimana terdapat sembilan buah sekolah luar bandar yang terlibat dan mendapat tajaan untuk menyertai program serta aktiviti PNB,” katanya ketika ditemui pada MSAM 2022 di Kawasan Lapang, Pantai Batu 1 di sini hari ini.

Noraezza yang juga Guru Penasihat Kelab Pelaburan Bijak berkata, ini merupakan penyertaan kali keempat SMK Dato’ Shahardin, Labu dalam program MSAM.

Sementara itu. seorang pelajar, Nurul Hani Hairizam, 16, simpanan dan pelaburan merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh remaja bagi merancang kewangan di usia muda.

“Walaupun bukan daripada aliran ekonomi, saya tetap mahu belajar tentang pelaburan dan bentuk simpanan yang boleh memberikan faedah pulangan yang baik,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN